INDAH
~
Sunday, April 24, 2011
*bukan merujuk kepada 'indah' lagu Aliff Satar
Jumaat - mcm biasa cuti kan.. Sabtu - pun cuti. Ahad - cuti lagi. Isnin - cuti Ester Day.
see, sebab tu la tajuk post kali ini indah. sebab dah biasa cuti sehari kan (Jumaatje); so bila dah dapat cuti banyak tetibe ni jadi excited terlebih pulak. hihi, Selasa? pun boleeeh
tapi indah itu hanya sementara sebab kami memang kena pulun semua 'kitab' lab as by this week exam practical dah start. Ya rabb, memang fast track betul tahun ni
bayangkan,
September 2010 - start sesi pengajian untuk tahun baru.
sempat ber-mid term sebelum riot melanda; lalu di awal February 2011 kami ditakdirkan balik sekejap. hihihi *rezeki.
Unofficially cuti, Feb-March. Awal April dah balik sini balik, dan Final exam untuk sesi pengajian tahun ni: 16 May 2011.
rasa macam 24 jam sehari tak cukup, *tapi boleh pulak post benda ni kan? maknanya sebenarnya cukup la tu! come on, optimist optimist. Allah takkan uji hambaNya yang tak mampu. kita boleh, kita mampu!
tachycardia kejap,
namun kepadaNya lah kita berserah. mak cakap usaha yang termampu
insyaallah.
memang tiada yang mustahil kat Mesir ni, kalau nak jadi tu memang jadi lah
hari tu Mesir dah memanas sekarang sejuk balik lah pulak. so dalam weather apekah kita sekarang? winter? summer? sumter? aku pun tak tahu. tapi bila dah berubah musim ni adalah binatang baru evolve seperti lalat, lipas, dan semut-semut gergasi *hah ni scary tengok kaki de
rasa annoy *tahap can't help dengan lalat, hingga kami mampu membunuhnya dengan senjata 'tangan'. hebat kaaaaaan? tapi basuh bersih2 la lepas tu.. tapi aku lagi sanggup cari buku tulis lama-lama yang dah tak pakai sebagai senjata tegar membunuh lalat. rasa macam hebat je dapat snap lalat lajulaju.
anyhow semuanya berhikmah bukan? mungkin ini ujian kami menjelang summer, tambah-tambah nak masuk fatrah imtihan pulak.
semoga Allah permudahkan urusan sehari-harian kita walaupun adakalanya kita rasa amat berat nak manage semua, rasa nak give up untuk teruskan. ingatlah dan terus yakin bahawa Allah sentiasa bersama kita dalam apa keadaan sekalipun, dan takde yang lebih hebat melainkan pertolongan Allah
Allah tak pernah tinggalkan kita sejahat manapun kita, cuma kita je yang tersasar, lalai dan leka; sibuk dengan urusan dunia. ighfirli zunuubi ya Allah..
maafkan saya atas kekasaran bahasa, tersilap kata, ter itu ter ini. maafkan saya, saya bukan angelic, namun tak jua devilish; tapi saya hamba yang tak pernah bebas dari salah dan khilaf.
ma'annajah buat semua yang bakal menghadapi peperiksaan; meski bertulis, oral mahupun praktikal. all the best

3 comments:
sumter? haha
ash!!!pogoshippo!
insan : sumter : combination of summer and winter. ok skrg dah panas dah, i believe now it's summer
izni : miss u more buddy!
Post a Comment