Tell a tale

~ Wednesday, June 15, 2011

“Baru je habis anatomy tadi.”

“Ya Allah Ciah! Tak habis habis lagi ke? Berapa paper lagi?”

“2 paper lagi.”

Setiap kali call mak, mesti mak cakap macam ni. She’s getting so weird with my exam’s schedule. Aku pun pelik; apahal lama semacam fatrah imtihan kali ni.

Dulu waktu first-first dapat jadual imtihaan, cuak kot. Cuak, takut, gementar, rasa tak ready, semua bercampur baur. Muka sorang-sorang pun jelas terpancar cahaya stress! Sebab wujudnya muka-muka macam ni la Dr. Mervat; vice dean kuliah kami arrange satu meeting. Meeting yang kononnya untuk menenangkan diri kami yang tengah under-pressure;

“We are very sorry we can’t postpone your exam”

“We understand regarding the riot…. you have to go back to your country… missed some lectures”

“You gonna be a Dentist, you must get used to work under pressure!”

“Inshaallah everything will be allright, just do your best, just like what you have did last year.”

dalam nada lembut penuh keibuan Dr. Mervat berkata-kata, dan masa tu jugak la mata aku berkaca-kaca nak nangis ._.

Aku tak ready weh. Seriously, tak ready baiikk punya. Tambah pulak dengan main-mainnye aku tahun ni. Tahun lepas dimaafkan lagi ‘kot’ kalau nak main-main pun, curriculum tahun ni lagi tough ‘kot’ nak compare dengan last year, memang tak layak langsung untuk last-minute. Tak layak nak main-main.

Aku sedar tu, aku sedar sejak mid-term lagi.

Mak cakap, “ Kuatkan semangat, semua orang sama je. Buatlah yang terbaik”

Lepas mak cakap macam tu aku hanya mampu senyap je. Sebab aku rasa dan selalu rasa, I am the worst out of the worst. Yes, I am pessimist. But this is the real truth kot.

Study week tahun lepas ada la dalam 2 weeks, itu pun dah kira ok-ok bagi aku. Tahun ni terbaik depa pi bagi ‘seminggu-rongak’ punya study week (sebab ada 2 hari guna untuk Biochemistry; belajar chapter baru **pulak tu)

Heh.. frankly speaking, waktu paper 1st aku memang cuak luar-biasa bagai. Sebelum start passing paper, kami baca doa beramai-ramai. Masa baca doa tu jugaklah, aku menangis. Hihi. Tension punya pasal. Tapi takpe, dengan menangis ni orang cakap hati jadi lembut sikit. Hihi *back up diri sendiri

Paper demi paper berlalu; aku no comment. Dalam apa jua keadaan, Alhamdulillah. We’ve done the struggle part, leave the rest to Allah. Usaha: checked (walaupun tak seberapa, tsk) mudah-mudahan Allah redha, mudah-mudahan Allah berkati setiap usaha kita sesikit mana pun. Kini yang tinggal usaha & doa.

Benarlah exam; mengajar keikhlasan diri dalam menuntut ilmu. Jangan belajar sebab nak exam je.

Aku kan sebenanye suka lah sangat menge-check paper selepas menjawap paper ape-ape la. Kawan aku cakap - Dr. Fadhilah Kamsah cakap, tak elok, tak baik, tak patut buat macam tu! sebab perbuatan itu akan meng-psychokan diri kita sekaligus membuatkan diri kita berasa down untuk next paper. Saya tahu itu tetapi saya tetap buat juga. Bukanlah nak cakap aku confident ke apa, tapi macam.., mestila suspicious kan nak tahu kita jawap betul ke tak kan? Kan kan?

Kawan cakap, “Ei Asiah hang ni ketegaq sungguh. Hang pi check buat apa? Dah lepas tu biaq pi dah. Ustaz tafsir dah pesan dalam class, hang tak dengaq ka?”

Aku.. check je jugak!

Sampai la satu hari aku check sekali tiba-tiba rasa stress amat. Sampai takleh focus next paper. Tu lesson to learn pertama. Tapi kan, kadang-kadang terpaksa check jugak, bimbang takut-takut soalan oral (keesokkan hari selepas written), doctor akan tanya soalan sama

Hmm, kalau nak ikutkan banyak betul lesson to learn aku tahun ni, macam

- - Baca je semua topic , jangan spot menye-pot (Hehe, bila dah last minit macam ni la kan)

- Yang dah masuk mid pun, tak impossible boleh masuk jugak untuk final (Kadang-kadang ada je pikir, punye la banyak lagi dia boleh tanya, apsal nak ulang soalan sama? - takpe takpe kita baca je balik. Tak rugi pun)

- - Follow your heart’s instinct ;)

(Ini especially untuk objective. Dari segi psychonya; jawapan pertama yg anda bulat lebih betul daripada yg the second time yg anda bulat; tapi jangan la taknak semak pulak lepas jawap kaan)

tapi yang amat meninggalkan kesan jelas dan nyata dalam diri aku adalah; jangan check paper lepas exam

Siapa sangka sekarang aku telah memangkah-hapus 9 paper, inshaallah tinggal lagi 2 paper(s); Quraan & Histology.

Rasa nak tergelak pulak bila tengok calendar tu sendiri; roughly dah dekat 3 bulan aku exam (campur semua; oral+practical+written). Dulu kita sangka kita tak boleh; Alhamdulillah boleh je, Alhamdulillah hidup je lagi ni, hehe.

Sebelum exam, kalau tengok jadual exam je mesti bermonolog sendiri, “oh mati ah aku. Mati”

Awal-awal dulu rasa macam tak puas hati je. Apsal Dentist exam awal, apsal medic boleh postpone sampai tengah bulan 6?! Kenapa kenapa kenapa?!

Berhempas pulas ketua batch, kak Adiba negotiate dengan Dean untuk postpone final kami. Nothing happen pun, they didn’t postpone our exam

Teringat kak Adiba ada cakap; “Akak tahu korang tension. Tapi ingat, Allah takkan uji kita kalau kita sendiri tak mampu”.

Sungguh ingat mengingati itu perlu, terima kasih kakak

Dengan kata-kata tu aku terus kuatkan diri untuk bergerak maju ke depan, walaupun tersemat rapi dalam kepala “Aku tak ready”, setiap gap 3 hari tu, habis-habis guna untuk cover certain subject. Cuma subject agama la tough sikit sebab gap sehari je.

But still, aku main main je jugak ._.”

Semua orang mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri; begitu juga aku.

Kadang-kadang aku fikir; “Aku aim lulus je untuk tahun ni”. Nauzubillah ada reseat ke repeat ke. Tapi bak kata abang gua, Anas “Kalau target rendah-rendah, nanti dapat lagi rendah”

-____-“ psycho aku betul

Tapi memang betul pun. Pepatah Inggeris ada menyebut;

Aim for the sky, even if u miss,

u will land among the stars

Seorang mukmin adalah dia yang harinya pada hari ini, lebih baik daripada semalam. Setiap hari adalah hari yang baru. Hari perubahan dari yang baik kepada yang lebih baik, inshaallah.

Doakan aku dan kawan-kawan Najah dengan redhaNya, jauhkan kami dari Istidraj. Kejayaan yang kami kejar, redha Allah yang kami cari; kurniakanlah kami kedua-duanya sekali. Ameen ya Rabb

* * *

The day I thought I'd never get through, I got over you

Syukr lillah! PadaNya segala kekuatan

2 comments:

Aisyah Rosedi said...

i'm proud of you..moga sentiasa dlm rahmat Allah dan kasih sygNya..Keep faith on Him

ash of wrath said...

insyaallah. do pray for me. result coming soon. i'm al shivered