Day 9

~ Tuesday, August 09, 2011
Jangan hanya sujud ke 'Sejadah' di saat susah.
Jangan hanya mengenal 'Telekung' dan 'Kopiah di saat sesak
Jangan hanya memandang 'Qiblat' di saat payah
Jangan hanya teringat 'Wudhu' ' di saat lemas
Jangan hanya mengenal 'Tasbih' di saat hanyut
Jangan hanya memandang 'alam' di saat alpa
Sayang yang tak kelihatan ada pada hati, letaknya Iman
Carilah yang Agung itu
Agar sayang, tak lagi palsu - via Syahirul.com

Alhamdulillah, Ramadhan ke -9 di bumi Mesir. Sape cakap puasa kat Mesir tak best? Sangat meriah & happening. Tambah-tambah dgn pengisian non-stop seusai sahur saaampailah berbuka. :) *Tapi homesick tu memangla, tak boleh neglect

dan sentiasa cuak memikirkan result :'(

Ya Allah, tiga hal yang mencegahku dan satu hal mendesakku untuk bermohon padaMu. Tak sanggup ku sampaikan doa.. Kerana seringnya aku melalai dengan perintahMu, kerana seringnya aku melakukan laranganMu, kerana seringnya aku tidak mensyukuri nikmatMu. Namun kuberanikan diriku bermohon padaMu kerana kutahu Engkau amat Pemurah kepada mereka yang menghadapMu dan menemuiMu dengan penuh pengharapan. Semua kebaikanMu kurnia, dan semua nikmatMu anugerah. -unknown

Ya Allah, padaMu ku pinta sebaik-baik pertolongan. Berikanlah kejayaan pada kami, berikanlah yang terbaik pada kami. Ameen ya Rabb!

2 comments:

Anonymous said...

Gunakan bahasa apa pun yang kita mahu, namun jangan menyebut mengenai apa-apa kecuali siapa diri kita sebenarnya

ash of wrath said...

walau siapa pun anda, terima kasih atas nasihat :)